Monthly Archives: April 2011

Musim Menuai Gandum Datang Lagi | Ladang Gandum Golra Sharif, Islamabad | Wilayah Punjab, Pakistan

Live Update: 30 Apr ’11, 6.04pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

ni la saat2 yang ditunggu2 sekian lama wooooo. tahun lepas aku sempat tangkap gambar ladang gandum yang masih hijau. tapi gagal tangkap gambar ladang gandum yang menguning macam ni.

so tahun ni memang nak lepas gian la bergambar puas2 di ladang gandum golra sharif ni kan. siap bawak balik gandum nak buat hiasan kat rumah lagi. memang depa ni tuai gandum dengan tangan secara manual tanpa mesin. makanan ruji rakyat pakistan ni, bekalan untuk depa makan roti setiap hari tanpa gagal.

Loading

Durian Musang King Sama Taraf Dengan Raja Kunyit Eh ? | SS2 Durian Markaz, Petaling Jaya | Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Live Update: 29 Apr ’11, 4.32pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

perghhhhh kalau weekend lepas dah melantak raja kunyit puas2 apakata minggu ni kita melantak musang king plak eh. harga sama je dengan raja kunyit cuma kecik sket la size musang king ni kan. apa2 pun memang best la balik malaysia kali ni. dapat melantak durian bersama yang tersayang. dua kali plak tuh. how come la aku tak tahu pasal durian markaz ss2 ni dulu kan

Loading

Pesta Durian Telah Bermula | Durian Jenis Raja Kunyit Ni Memang Perfecto ! | SS2 Durian Markaz, Petaling Jaya | Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku

Live Update: 24 Apr ’11, 3.46pm PKT | From: iPhone 4 via Maxis MY & Mobilink PK | Author: KNizam

aku memang dah tak bole tahan lagi melihat kehebatan durian kali ni. di mana2 sahaja orang berbicara tentang durian. sampaikan majalah 3 pun ada cover pasal durian. tahun ni musim durian malaysia awal sket agaknya.

yang ni jenis raja kunyit, memang terbaek, segar dari ladang durian temerloh. memang cukup texturenya, warnanya menawan, isinya perghhhhh tak boleh diungkap dengan kata2, cukup berlemak berkrim disukai ramai.

Loading

Travelog Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai | Musim Panas 2010 @ Bahagian 1 | Perancangan Awal, Restoran Nandos & Kehabisan Tiket Kapalterbang

Mungkin ramai yang tahu saya ke utara Pakistan semasa musim panas tahun lepas. Mungkin juga ramai yang tahu kesemua kenangan melalui gambar dan video lenyap bersama pencuri laptop saya juga tahun lepas. Semenjak itu saya semakin tawar hati untuk menulis mengenainya. Sehinggalah pada hari ini. Bulan Julai 2011 genaplah setahun saya singgah ke utara Pakistan. Oleh kerana saya bercadang untuk singgah lagi ke sana tahun ini, saya rasakan catatan ini perlu dilengkapkan sebelum Julai 2011.

Catatan perjalanan ini akan berselang-seli dengan gambar-gambar kenangan yang ada bersama saya, yang berjaya diselamatkan. Rasa menyesal pula tidak berblog secara langsung (liveblog) semasa kembara ke utara Pakistan tahun lepas. Banyak masalah dan rintangan yang saya dan rakan seperjalananku hadapi sebelum, semasa dan selepas kembara ke bumi ajnabi ini. Semuanya akan saya coretkan di sini, untuk panduan dan untuk kalian menikmati sendiri catatan pengalaman kami.

Aku akan cuba catitkan kesemua perjalanan kembara ini secara terperinci, daripada perancangan, apa yang kami makan, masalah yang kami hadapi, suasana sebenar di lembah di utara Pakistan. Pendek kata segala-galanya akan dikongsi bersama. Aku akan bahagikan catatan perjalanan ini kepada beberapa bahagian, terlampau panjang rasanya untuk mencatat segala-galanya di dalam satu catatan blog sahaja. Harap kalian dapat bersabar sementara aku mengumpul tenaga dan memori mengingati kembali kembara ke Lembah Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai pada Julai 2010 ini ya.

Konvoi Amal Aman Palestin @ 15 Mei 2011 @ Kota Damansara @ 20KM

siapa2 nak join this good cause, 15 mei 2011,

download borang boleh click di bawah

** Registration Form – Konvoi Amal Aman Palestin 15 Mei 2011 **

marilah sertainya beramai2.

lepas dah download borang, boleh send ke email – konvoi.aman.palestin@gmail.com

sebarang pertanyaan juga boleh diajukan ke email di atas. teekhay!

 

Loading