hujan atau panas, atau DDOS attack sekalipun, blog ini pasti akan diteruskan :)Posts RSS Comments RSS

Archive for July, 2010

Gilgit-Hunza-Skardu-Deosai + Northern Pakistan Travel Series | Part 1 | Islamabad ke Abbotabad, Dinner Chicken Tikka & Ayam Togel Bergantungan

dah genap seminggu aku balik dari utara pakistan. aku bernasib baik sebab dapat balik awal.

kalau tidak boleh tersangkut di dalam banjir monsoon yang tengah melanda pakistan sekarang ini.

memang best travel ke sana. betullah apa yang mereka selalu cakap (terutamanya di internet), travelling ke utara pakistan menjanjikan suatu pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan.

bercakap pasal karakoram highway sahaja, maunyer tak habis blog post aku dibuatnya.

aku akan cuba catatkan seberapa detail berkenaan perjalanan kali ini. aku akan cuba cover sebanyak mungkin tempat, masa dan manusia dalam coretan perjalanan kali ini.

No responses yet

Penjual Buah di Karachi Co. G9 Market Islamabad

Live Update: 31 Jul ’10, 4.23pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

ni la dia penjual mangga di G9 market tempat aku singgah
mmg banyak cakap dia ni tapi sedap dowh mangga ni
mmg berbaloi la, siap test mangga ngan grapes lagi ni
LiveBlogHDR ni special untuk azmanishak.com hehe

4 responses so far

Labu Pakistan Besar Giler, Dah Macam Halloween Pumpkin kat Rana Market F7 Islamabad

Live Update: 31 Jul ’10, 4.03pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

tu dia besaq giler nooooo labu kuning ni
kat rana market ni la satu2 nya kedai sayur ngan buah
aku selalu gak belasah beli buah kat sini
tapi ni la 1st time aku nampak pumpkin besaq giler
rasanya kalau aku beli ni, mmg xde pisau besar pun

4 responses so far

Mangga Anwaretol dari Multan Punjab Province Tengah Masak Ranum di G9 ‘Market Islamabad

Live Update: 31 Jul ’10, 3.30pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

perghhh semerbak bau mangga ni dalam kereta
memang berlambak mangga ni kat G9 market tadi
banyak jenis lain tapi ni paling banyak la

4 responses so far

Buah Tembikai Susu & Mangga Multan Dalam Versi HDR

Live Update: 31 Jul ’10, 2.26pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

haha dah lama aku pakai apps 3Gs baru aku tahu
ada rupanya mode HDR ni, siot je x perlu bukak laptop
now everyone can live blog via HDR image eh !
azmanishak.com boleh ke liveblog HDR ? hehe

10 responses so far

Pesawat Airblue Membawa 152 Penumpang Terhempas di Bukit Margalla, Islamabad pada Pagi Hujan Rintik2 & Berkabus Tebal @ 28 Julai 2010 – Suatu Pengalaman Di Depan Mata, Catatan Yang Tragis, Sedih Bercampur Terkejut & Sesuatu Yang Akan Dikenang Sampai Bila-Bila Tatkala Mata Ini Melihat Bukit Margalla

aku rasa hingga kini, pasti ramai yang dah tahu pasal kejadian pesawat airblue yang membawa 152 penumpang yang terhempas di bukit margalla di islamabad rabu lepas. suatu peristiwa yang berlaku di depan mata aku sendiri. mana mungkin aku lupakan kerana kawasan kejadian betul2 berlaku berhampiran dengan pejabat dan rumah aku di islamabad.

image source

kejadian tersebut amat menyedihkan semua warga islamabad, warga pakistan dan warga dunia amnya. pesawat malang airblue yang membawa 152 orang penumpang terhempas ke bukit margalla di pagi 28 julai 2010 tatkala cuaca hujan renyai2 dan berkabus di islamabad.

23 responses so far

Kawasan Rehat Kallakahar di Highway M2 Lahore-Islamabad

Live Update: 30 Jul ’10, 12.52am PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

aku memang dah selalu stop kat rnr kallakahar ni
kali ni masa aku stop tadi nampak vibrant plak
banyak permainan kanak2 dipasang kat sini rupanya
memang cukup colourful la kat sini kan hehe

2 responses so far

Hujan Monsoon Membawa Banyak Hujan, Sesuai Untuk Musim Menanam Padi Basmathi di Lembah Punjab

Live Update: 29 Jul ’10, 6.11pm PKT PST | From: Nokia E71, Nokia N97 or iPhone 3Gs | Author: KNizam

inilah dia pemandangan di sepanjang motorway m2 tadi
hujan monsun membawa air rahmat kepada petani
musim menanam padi telah bermula di punjab
ladang yg dahulunya dipenuhi gandum bertukar hijau
padi telah mula naik dan berwarna emas tidak lama lagi
kesemua petak sawah ditanam dengan padi beras basmathi

4 responses so far

Older Entries »