“dalam perjalanan ini, menuju destinasi, pelbagai lebuhraya dilalui”
“perjalanan ku terhenti, di lebuhraya ini, terpandang pusara diam menyepi”
terbayanglah kisah lalu, bila kau di sampingku, bagaikan temasya dalam hidupku”
kini cinta tiada lagi, berkubur dalam sepi, dan pusara ini menjadi bukti…..”

entah kenapa terngiang-ngiang lagu ekamatra, pusara di lebuhraya sebenatar tadi
lagu yang cukup terkenal suatu masa dahulu, bait-baitnya ringkas dan menawan kalbu
tiada kata yang kompleks, hanya seni lirik yang indah dihalusi dengan madah berhelah
adakah hidup sentiasa kan indah ?
– – – – – – –
tahun ni genap tahun ke-7 aku mencoretkan pengalaman di dalam alam maya ini
bermula dengan pembelian kamera sony dsc-w1 aku mula berkelana ke sana ke mari mengambil gambar
laksana jurugambar profesional lagaknya. berkamera kecil lebih ringkas dan senang ke mana-mana
beratus-ratus gambar dihasilkan, kemudian dilabel dan dipertontonkan ke laman web fotopages ku
beberapa tahun kemudian, bosan dengan fotopages, aku mengorak langkah ke alam blog sebenar pula
fotopages pun blog juga, blog bergambar depa kata
tambahan pula fotopages telah dilabel sebagai penyumbang kepada aktiviti yahudi, kenalah beralah sedikit kan
aku meniti titian usang arena blogging negara melalui wordpress.com