KNizam on Aug 31st 2008 ugama + islam
kejap je dah nak puasa kan
pejam celik, pejam celik dah 1 ramadhan 1429H
so korang klik je lah kat atas neh kalau nak tahu
waktu imsak & berbuka puasa bagi seluruh malaysia tahun 1429h atau 2008m.
jadual from utusan malaysia dan jakim. hehe
puasa jangan tak puasa ok.
malam ni kita terawih ramai2. hehe
rasa best je kan bila tiba ramadhan
nampak ramai yang pergi masjid. seronok je rasa
lepas terawih ada moreh plak tuh kat masjid
bebudak pun ramai kat masjid. seronok mereka bermain. hehe
KNizam on Aug 31st 2008 berita + dunia
aku baru perasan uang anuar dan neh mmg berbakat besar lah
dia memang cool and artwerk giler
tengoklah logo yang di cipta kat bawah neh
mmg cun habes kan. hehe
kedai anuar dan neh kat central market je
dah lama siot aku tak pergi ke central market. dah berapa tahun ntah
nantilah kalau aku pergi sana aku nak melawat kedai anuar dan ni. hehe
kat bawah neh dia punyer official website.
mmg banyak artwerk dia
aku suka style dia yang lebih mementingkan lukisan2 alam berkenaan malaysia
KNizam on Aug 31st 2008 forum i.t + gajet
hehe malam tadi aku sempat la godek2 wordpress neh
bukannya nak buat theme wordpress yang cool via css mcm yang noktahhitam biasa buat tuh
aku saja je nak godek2 settings dia
sekali aku termasuk dalam menu “discussion”
aku perasan yang dah ada option nak choose nak letak gravatar apa. hehe
sejak bila dah ada mende ni ek?
aku rasa wordpress.com adala function neh. but not wordpress.org kan
sure aku ketinggalan zaman la ni. haha
ke theme aku je yang ada mende ni ?
KNizam on Aug 31st 2008 blog + bloggers
hari neh cam biasa aku bangun awal sebab nak alihkan kereta
hehe ada construction la kat porch rumah aku.
aku on kan sambungan letrik ke luar sebab senang diaorang nak buat kerja
then aku terus tidur balik. haha
sekali dalam kul 10 pagi aku rasa cam takde sapa buat kerja pun
sonyap jo jang. matahari dah ninggi neh !
sekai tengok mmg takde org datang buat kerja la.
ni mesti cuti neh
ceh ! buang karan je aku alihkan kereta depan rumah. tau aku biarkan je. haha
so apa yang korang buat pagi ni ?
KNizam on Aug 31st 2008 lagu + klip video
syahdu siot lagu neh. boleh nangis woooo. haha
memang sedih giler.
Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.
Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.
Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan saying,
Bukan ku rayu bantu simpati.
Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua
KNizam on Aug 31st 2008 siri tv + drama
giler lama promo neh kan
hehe masa tuh aku darjah 1 hijau kat srk gombak 2. hehe
di mana ketika itu ya ? hehe
dulu rancangan tv3 best2. berita pun best
sekarang memualkan. terutamanya masa pilihanraya
kecuali majalah 3 je yg ok sket la. haha
KNizam on Aug 31st 2008 berita + dunia
ada lagi la plak kapal kena serang lanun
marilah kita doakan agar semua anak kapal selamat ya
30/08/2008 7:38pm
KUALA LUMPUR 30 Ogos – Sebuah lagi kapal tangki minyak milik MISC Bhd., MT Bunga Melati Lima diram pas oleh lanun di Teluk Aden berhampiran Somalia dan Yemen.
Ketika kejadian, terdapat 36 anak kapal warganegara Malaysia dan 5 lagi warganegara Filipina berada di atas kapal tangki berkenaan.
- BERNAMA
KNizam on Aug 30th 2008 lagu + klip video
Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka
Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji