KNizam on Jul 29th 2008 jalan2x + melancong
aku balik kerja tadi aku perasan ada pamphlet dalam post box aku
normally banyak giler sampah dalam post box aku kat taman melawati neh

tapi kali neh ada satu pamphlet yang menarik perhatian aku
ada jemputan ke pre-launch bukit melawati bungalow
aku perasan gak area bukit melawati bungalow neh
habis dah kena tarah area bawah bukit batu kapur

aku dari sehari ke sehari nak amik gambar, tak sempat2. haha
dia nak buat 17 unit banglo kat bawah bukit batu kapur tuh
gambar2 yang korang nampak memang gambar yang real
KNizam on Jul 29th 2008 jalan2x + melancong
hari tuh aku ngan adik2 aku pergi kuala selangor
hajat dihati cuma satu nak pergi makan2 seafood kat kuala selangor

nak makan kat riverview seafood yang dr shah ngan dr beruang madu selalu pergi tuh
aisey sekali sampai je sana (lepas maghrib) orang punya la ramai
berduyun2 tengah beratur waiting list
aku rasa kalau aku tunggu sekali maunyer kul 10 pun tak tentu lagi dapat meja kan
kempunan plak nak makan butter prawns tuh. haha
then terus pergi makan seafood kat mana ntah. sedap la jugak. hehe
KNizam on Jul 28th 2008 risk + management
cam best je seminar neh kan. hehe
click je lah kalau nak tahu lebih lanjut ya

Why you should attend
For the past decade the power market has been subject to waves of upset globally. Volatile prices, doubts over the sanctity of long term contracts, liberalization policies and regulatory uncertainty, have resulted in deep apprehensions on the part of both investor and creditors. However, power plants generating energy from renewable resources such as wind, bio-mass, hydro- and solar-technologies have found favor with lenders and investors even in difficult markets.
Participants will learn about:
KNizam on Jul 28th 2008 treasure + hunt
ada banyak rupanya treasure hunt coming soon
just click at the blow image or link to check the hunt that u wanna participate






tuh dia banyak giler kan. hehe yang mana satu nak masuk ni eh..
banyak la plak yang pergi ke penang. mentang2 baru dapat unesco world heritage site
KNizam on Jul 27th 2008 siri tv + drama
hehe klasik giler iklan kat bawah neh
Iklan Keselamatan Jalan Raya MKJR-FNM (Malaysia-196x)
Iklan lama bagi Keselamatan Jalan Raya yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan disediakan oleh Filem Negara Malaysia (FNM). Iklan ini diterbitkan sekitar tahun 1960′an iaitu sekitar tahun 1964-1969 sebab ejaannya masih menggunakan ejaan lama dan menggunakan nama Malaysia dan tidak lagi Malaya. Saya tak pasti iklan ni ditayangkan di TV atau tidak. Minit 01:29 saya tapis kerana mengandungi unsur-unsur seram yang tidak keterlaluan (18SG). Iklan ini saya dapat dari DVD percuma yang disediakan dengan setiap pembelian Buku Chronicle Of Malaysia.
siapa ada iklan dulu pasal “kami anti dadah” tuh eh….
sapa ada iklan pasal beli setem tuh eh, yang ada dialogue klasik kat kaunter. hehe
KNizam on Jul 27th 2008 blog + bloggers
last 2 weekend masa aku balik semual ke KL lepas melantak buah2an tempat kat jasin, melaka,
aku bertembung dengan kenderaan panjang bawak bendalah yang bagak giler neh

memang jam giler. hampeh je
sekali bila dah dekat baru aku perasan pasal lori panjang giler neh
amendelah kan

dah tau nak block jalan tuh make surelah ada escort ke ape ke kan. hehe
hampeh satu plus highway jam sebab diaorang neh. memang sungguh tak cool la !
lepas je lori panjang neh terus je clear jalan2 kat situ

KNizam on Jul 27th 2008 makanan + kedai makan
dah lama rasanya aku tak balik kampung masa musim buah
hehe kali neh kat rumah aku ngan kampung aku dah ada musim buah la

durian ngan rambutan dah biasa lah makan kan
so kali neh aku teringin plak nak menjolok pokok manggis

galah dah disediakan. so apa lagi ! kenalah amik buah manggis neh
hehe dulu2 selalu gak aku turun kat baruh (yes kitaorang panggil baruh ok) nak mengait manggis pakai buluh. sekali kait dapatlah dalam 2-3 biji kan
hehe pokok manggis neh kitaorang tak tebang masa buat rumah dulu.