[19 Photos] Kambing Golek Tea Party, Beef Chillies Fried Rice Kim Mun & Kambing Golek Tak Masak-Masak Selepas 4 Jam Digolek | Spring 2011 | Asri’s House, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan

3 April 2011.

Musim bunga di Islamabad.

Anda pernah merasa masak sendiri kambing golek ?

Susah sebenarnya nak menggolek kambing ni tau. Bukan senang. Inilah kali pertama saya dan Asri ingin menganjurkan makan-makan di Islamabad. Semuanya bermula apabila Asri telefon saya. Beliau nak buat makan-makan. Saya kata kena ada “something special”. Kambing golek! OK juga ada kambing golek kan. Bak kata orang putih selepas itu “the rest is history”.

[ 1] Shaheen Akhtar, Kolonel Roslan dan Asri Ismail Bertungkus Lumus Menyelamatkan Kambing Golek Yang Tak Masak-masak Setelah 4-5 Jam Digolek Mesra | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tak Cukup Beehoon Goreng 

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. iPhone saya berbunyi.

“Eh! Zam. Beehoon yang aku goreng ni macam tak cukup la. Masalah karo!” ujar Asri cemas.

“La. Macam mana boleh tak cukup? Kan dah budget semalam.” jawab saya (dalam nada kurang cemas).

“Beehoon ni tak cukup ni Zam. Rasa macam kena beli lagi ni” Asri mencelah.

“Adesssss. Mana ada kedai bukak der pepagi ni. Tapi takde. Nanti aku fikir macam mana.”

Panik sekejap. Eh panik lama der.

Nak buat “tea party kambing golek”. Ramai pula tu yang nak datang kali ini. Adalah dalam 40 orang rasanya termasuk kanak-kanak sekali. Kalau makanan tak cukup masak saya dan Asri kali ini. Tapi saya rileks sahaja. Banyak lagi masalah dunia yang lain yang perlu dihadapi. Setakat tak cukup beehoon goreng masalah kecil sahaja ini. Mesti ada ruang dah peluang untuk keluar daripada masalah ini. “Come on” otak kiri, saya perlu penyelesaian di luar kotak kali ini.

Yes!

Saya call Tokei Kedai Makan Kim Mun (apa nama entah dah lupa pula) di Jinnah Super F-7. Beliau angkat.

“Hello. What time the Kim Mun open eh?”

“Kim Mun open at 12pm. Why?” Zhang menjawab.

“I want to order beef chillies fried rice. Mera Nam Nizam. Always come to Kim Mun during dinner” kata saya dengan yakin.

“Ok-ok. What time to pick-up?”

“Ok I will come at 12.30pm. I want 10 box ok.”

Fuh! Lega. nasib baiklah saya kenal dengan Zhang. Tokei Kedai Makan Kim Mun.

Kedainya selalu buka jam 12 tengahari. Saya desak beliau untuk menyediakan 10 bungkus (kotak) nasi goreng daging bercili (kasi pedas) untuk kali ini. Beliau setuju. Jam 12.30 tengahari saya dah terpacak di kedainya. Mujur kesemuanya telah sedia. Saya dan pemandu Shaheen bergegas ke rumah Asri untuk menolong persiapan yang lain di rumahnya di DHA Phase II, berdekatan Bahria Town di Rawalpindi.

“Perghhhhh. Bergeliga la ko Zam” kata Asri sambil gelak sakan. Kami gelak berjemaah.

Kambing Golek Tak Masak-Masak

“Ni apsal kambing golek tak masak-masak ni haaaaaa?” tanya Kolonel Roslan.

“Entahlah Cif! Kami dah golek daripada pukul 10 pagi tadi. Sekarang dah pukul 2 petang.”

Rakyat Malaysia dah ramai memenuhi kawasan rumah. Semua dah lapar. Saya minta mereka makan dahulu apa yang ada di dalam rumah sementara menantikan masaknya kambing golek. Inilah pertama kali saya menggolek kambing. Begitu juga Asri. Manalah kami tahu berapa lama diperlukan untuk ianya masak. Rasa macam senang je kan. Inilah yang dikatakan sebagai “Hang rasa hang tera!”. Haha.

“Kita potong-potong je la kambing ni. Nak tunggu macam lama lagi ni” Kolonel Roslan bersuara lagi.

“OK jugak tuh. Semua dah tak sabar dengan pinggan depa ni” balas saya.

Tanpa melengahkan masa, kami terus memotong kecil-kecil kambing yang dah bergolek selama 4-5 jam itu. Jadilah kambing BBQ. Senang pula masaknya bila dah jadi BBQ macam ini kan. Rupa-rupanya barulah saya tahu yang kambing golek ini perlukan sekurang-kurangnya dalam 7-8 untuk digolek barulah ianya masak sempurna. Pengajaran yang bernilai buat saya dan Asri kali ini. Tapi takpe lepas ni kami akan buat lagi kambing golek. Mungkin pada masa Hari Raya Aidilfitri pula nanti.

[ 2 ] Mari Kita Mulakan Acara Menggolek Kambing! | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Chef Terkenal Kota Bharu Tengah Melumur Kuah Kambing Golek | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Amran & Adrian Zailan Pagi-Pagi Dah Ada. Tolong Tengok Ke Tolong Golek Tu ? | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Inilah Kali Pertama Acara Kambing Golek Dibuat Di Islamabad. Shaheen Akhtar Pun Tak Pernah Tengok Kambing Digolek Sampai Macam Ni Sekali | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Muffin Yang Disediakan Oleh Domestic Helper Saya Basheer | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Nizam & Kak Kamsiah Membantu Menyediakan Meja. Sempat ke Ni Eh ? | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 13 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Kuih Koci Pun Ada Ni. Sedap Tuh | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 15 ] Beehoon Yang Asri Goreng Sendiri. Beef Chillies Fried Rice from Chef Kim Mun | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Bang Nahran, Amran & Adrian Zailan Khusyuk Membantu. Bantu Tengok Dulu. Hehe 🙂 | Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 17 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 19 ] Kambing Golek Tea Party with Fellow Malaysians | Spring 2011 | Asri Crib, DHA Phase II, Rawalpindi | Islamabad, Pakistan | 03 04 2011(PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sila rujuk ke bahagian Travelogue Section untuk membaca kisah-kisah & pengalaman saya berkelana di bumi Tuhan ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge