[18 Photos] Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan | Spring 2012 | Aghan Camp, Near METRO I10 | Islamabad, Pakistan

Pada pertengahan tahun lepas saya telah singgah ke kawasan setinggan penduduk Afghanistan untuk bertemu dengan kanak-kanak Afghanistan (Afghan) dan merakamkan aksi-aksi mereka di hadapan rumah-rumah setinggan mereka. Mereka memang amat miskin, lihatlah sahaja akan rumah-rumah mereka yang diperbuat daripada tanah. Bekalan air dan elektrik sememangnya tidak cukup di sini. namun keadaan yang daif ini tidak bermakna mereka tidak boleh menikmati kehidupan dengan baik dan gembira. Mereka ada cara mereka yang tersendiri untuk bermain dah menghiburkan hati masin-masing.

[ 1 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya sempat merakam beberapa gambar dan kanak-kanak ini memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Keluarga mereka juga ada bersama ketika itu. Bukan main berposing lagi mereka di hadapan lensa kamera tengah hari itu. Seronok melihat telatah dan gelagat mereka menyaksikan seorang asing seperti saya yang tidak boleh berbahasa Urdu atau Pashto seperti mereka. Entah mengapa bagi saya, memang sedap mendengarkan mereka bertutur di dalam Bahasa Pashto ini.

[ 2 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pada pertengahan bulan lepas pula, saya telah kembali semua ke kawasan setinggan Afghan ini sekali lagi. Kali ini saya ingin menyerahkan gambar-gambar yang telah saya rakamkan pada tahun lepas. Apa lagi girang gemilanglah budak-budak ini apabila menatap wajah masing-masing di atas cetakan gambar 4R yang penulis cetak di Islamabad. Puas juga nak mencari satu persatu kanak-kanak di dalam gambar-gambar yang telah saya cetak di kedai foto di Jinnah Supermarket Islamabad ini.

Saya percaya ada di antara mereka mungkin pertama kali melihat cetakan gambar 4R tersebut. Berebut-rebut mereka hendak mengambil gambar-gambar masing-masing daripada tangan dan kocek saya. Suasana adakalanya seperti tidak dapat dikawal. Adakalanya pemandu (pengawal) saya terpaksa mententeramkan keadaan dan cuba mengawal kanak-kanak yang agak agresif ini. Dunia mereka yang mistik dan indah memang membuatkan hati saya ingin datang lagi menjenguk mereka saban bulan.

[ 3 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Berebut-rebut mereka untuk melihat gambar yang dicetak oleh saya. Saya yang tidak fasih berbahasa Urdu cuba menjelaskan kepada mereka yang saya ingin berjumpa dengan kanak-kanak seperti yang terdapat di dalam gambar cetakan tersebut. Terdapat kira-kira 5 ke 6 orang sahaja yang saya sempat berjumpa kembali. Yang lainnya inilah kali pertama penulis berjumpa.

Mereka kebanyakkan mengajak saya untuk mengambil gambar mereka dan mengkehendaki saya datang lagi dengan cetakan gambar yang lain pula. Walaupun mereka miskin namun hati mereka bahagia. Seperti tiada apa yang perlu difikirkan selain daripada makan dan bermain di kawasan setinggan yang kotor ini. Kadang-kadang saya agak cemburu dengan keriangan mereka, umpama syurga dunia bagi mereka.

[ 6 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya telah berjanji untuk datang kembali dengan gambar-gambar cetakan yang lain pula nanti. Saya juga perlu mencetak beberapa keping gambar yang sama. Ini kerana kadang-kadang terdapat beberapa orang kanak-kanak di dalam satu gambar. Jika ada 3 orang, makan ketiga-tiga mereka perlulah diberi gambar masing. Tidak mengapa, apalah sangat harga cetakan tersebut jika dibandingkan dengan kepuasan setelah melihat kanak-kanak ini riang gembira menatap wajah-wajah mereka di paparan 2D nanti.

Jika tidak mereka akan berebut-rebut dan adakalanya sampai terkoyak gambar yang saya cetak sebelumnya. Untuk berlaku adil, saya akan mencetak 3 keping supaya ketiga-tiga mereka dapat menyimpan gambar-gambar kenangan masing-masing. Mungkin juga saya akan datang ke sekolah-sekolah mereka dan mengambil gambar kelas mereka. Ini pasti kali pertama mereka dapat merakamkan gambar kelas masing-masing nanti.

[ 10 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 13 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Gambar di bawah menunjukkan mereka masih lagi tidak mau berganjak dan mengekori saya sehingga ke dalam kereta. Masih tidak puas bergambar agaknya. Untuk tidak menghampakan mereka, saya buka kembali penutup lens dan mengambil beberapa keping gambar lagi untuk dijadikan kenangan. Adakalanya permintaan daripada kanak-kanak kecil yang comel, yang belum mengenal erti kapayahan dunia seperti ini memang susah untuk penulis hampakan. wajah-wajah syurga terpampang di depan mata saya. Apa lagi yang saya inginkan?

[ 14 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 15 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 16 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 17 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 18 ] Afghan Kids at the Afghan Camp | Refugees of the Afghan War | Pashto Speaking Kids | Spring 2012 | Near METRO, I10, Islamabad, Pakistan | 03 03 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 responses to “[18 Photos] Pengalaman Memberikan Gambar-Gambar Pada Kanak-Kanak Afghanistan di Kawasan Setinggan | Spring 2012 | Aghan Camp, Near METRO I10 | Islamabad, Pakistan

  1. cabaran hidup mereka lain, kita pulak lain. mmg senyum takdak masalah depa ni

    Reply

    KNizam Reply:

    matjoe : yezzaaaaaa hehe 🙂

    Reply

  2. Waa.. seronok tgk wajah2 mereka.. riang gembira. 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    arynet : best kan layan budak2 ni heheheheheh 🙂

    Reply

  3. zaim kasturi

    chantek gbr hitam putih, nmpak klasik btw, kanak2 kt sana gembira segembiranya xmcam kanak2 kt sini seronok ngan gadjet ja … 🙂

    Reply

    KNizam Reply:

    zaim : hehe sekali sekala layan BnW best gak ni hehe 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge