[14 Photos] Makan Karipap di Airport, Flight PIA Delay & Semua Kepanasan Dalam Flight PIA | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 1

Perghhhhh akhirnya kami semua selamat sampai ke bumi Islamabad yang panas ni kembali. Trip kali memang dah lama kami rancang, maunyer dalam 3 bulan sebelumnya kot. Macam-macam rintangan, banyak benda berubah, flight ticket takdelah, resort dah fully book lah. Macam-macam, namun pada 25 Jun 2011 kitaorang dalam 13 orang, termasuk seorang bayi berlepas ke Lapangan Terbang Benazir Bhutto Islamabad untuk ke Skardu. Yahoooo!

[ 1 ] Amy Zuraina, Amiri Bakar & Baby Raqeem Setibanya Di Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Erick Pedro & Anaknya Pening Memikirkan Flight Ke Skardu Yang Telah Delay | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tu la dia baby yang ikut trip kali ni. memang power baby ni. kenapa power? Nanti la saya cerita kemudiann ya. Eleh. Tak sabar2 ler tew nak tahu kan. Bukan sebab apa, sebabnya dalam trip ni ada menjelajah ke Deosai Plains. Deosai Plains ni above 4,200m di atas paras laut. Saya pun dah terkena altitude sickness (tahun lepas rileks je). Sekali baby ni dengan selambanya survive, tiada apa-apa pun. Hehe tuh yang power beb !

Nak ke Northern Pakistan kali ni kena ada NOC. Apa itu NOC ? Ianya singkatan bagi No Objection Certificate. Kerajaan Pakistan melalui Foreign Office di Interior Ministry kena keluarkan certificate ini untuk foreigner macam saya dengan member-member saya travel ke sesetengah area di pakistan ni. So memang la tak boleh main redah je travel kan. Kenapa kena ada NOC ? Alasan dia senang adjer. Kalau ada apa2 berlaku kat kitaorang, adalah kerajaan diaorang akan tolong nanti. Dah lagi satu berkemungkinan kalau kita singgah ke tempat-temoat tertentu nanti, akan ada local police yang escort sekali.

[ 3 ] Kita Dah Boleh Check-In Sekarang | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Semua dah checked-in flight PIA ke Skardu. dijangka bertolak jam 10.30 pagi dan tiba di Skardu Airport jam 11.30am. Semuanya berjalan lancar, proses check in agak mudah kali ni. Mungkin sebab domestic flight je kot. Aku perasan flight ke Gilgit pagi ni pun on time. Satu petanda baik kali ni. Kebiasaannya kalau flight ke Gilgit dan Chitral delay, ada kemungkinan flight ke Skardu pun akan delay jugak nanti. Hehe 🙂 So tu dia boarding pass we all. Simple je kan. Seat 46L. Duk kat window rasanya. Flight PK451 dari Islamabad ke Skardu. Tiada makanan pun kali ni. Biasanya kalau saya ke Lahore ada la sedikit makanan, kali ni macam takde je kan. Kalau bagi sandwich pun bagus juga ni. Tolonglah jangan bagi keropok masin Lays sahaja.

Lupa cek nak habaq, kat airport kat Pakistan ni wajib ada tag untuk hand carry luggage. Hatta kalau ko bawak pouch bag yang sangkut kat pinggang tuh pun kena ada  tag. Kat sini biasanya memang strict. Tag korang akan di chop dalam 2-3 kali, diketip sekali dan akan disemak semasa masuk ke boarding area, semasa nak keluar boarding area nak masuk bas dan yang terakhir sekali masa nak naik ke tangga flight tuh nanti. So kalau ko ada tag make sure tag korang dichop di tempat2 berkenaan dan disemak. else nanti kalau dah naik naik. Saya pernah ternampak seorang penumpang yang terpaksa berpatah balik ke kawasan Boarding Hall semata-mata kerana tiada chop dan ketip pada boarding pass dan hand-carry luggage dia.

[ 4 ] Karipap Panas Masakan Kak Yah Memang Sedap | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Boarding Pass Slight Ke Skardu, Sila Ambil Seat Belah Kanan Ya | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tudia siap ada karipap kat airport laie. Best je kan. Masa ni semua muka-muka ceria je kat boarding area. Semua masih lagi belum masuk ke dalam kapalterbang yang panas giler. Hehe 🙂  Masa menunggu ni saya perasan kali ni ramai pula manusia dok kat dalam boarding area ni. Mungkin sebab hari ni hari Sabtu kot. Tu yang ramai giler manusia kat dalam departure hall ni kan. Apa-apa pun kita belasah dulu karipap Malaysia ni. Semua pun tengah lapar masa ni. Tak sempat nak breakfast pagi tadi sebab sibuk nak packing kat rumah.

[ 6 ] Baby Raqeem Riang Gembira di Departure Hall | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Departure Hall di Islamabad Airport | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Semua Sedih Sebab Flight Mungkin Delay Pagi Ini | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Suasana Di Dalam Departure Hall Pagi Ini | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Anak-Anak Erick Pedro Dah Tak Sabar-Sabar Nak Pergi Ke Skardu | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kat departure hall ni biasanya, korang akan disapa oleh pelayan. Depa akan tanya nak minum doothpati chai ke idak. Dalam Rs.200 korang dah boleh minum doothpati chai and then melantak sandwich sekali. Kadang-kadang sandwich telur, biasanya sandwich mentega sahaja. Tapi kali ni saya malas la nak pekena chai. Sosaya dok minum air mineral je la ngan karipap panas 1Malaysia ni ha. Terima kasih kepada Kak Yah yang susah-susah menggoreng karipap panas pagi-pagi ini. Hehe 🙂

[ 11 ] Beratur Menaiki Flight ke Skardu, Airbus Lama Ni 🙁 | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 12 ] Menaiki Pesawat PIA Untuk Ke Skardu, Flight Dalam 45 minit Sahaja | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Kat Islamabad Airport ni memang takde aero-bridge langsung. So kalau nak ke flight masing-masing memang kena naik bas or coaster la jawabnyer. Kadang-kadang kalau flight parking jauh nasib la korang dok lama dalam bas yang busuk tuh kan. Hehe 🙂 So masa ni dah sampai ke flight. Naik boeing ke airbus kali ni eh. Aku rasa dah sampai masa PIA tukar la kan flight ni.Mmemang buruk bebenor la dalam dia. Dah la aircond di off kan masa ni. Masuk je dapat newspaper. Bukan untuk dibaca. Tapi untuk mengipas muka yang dah kepanasan dalam flight ni. Memang geram rasanya pada masa ni.

[ 13 ] Masing-Masing Kepanasan Di Dalam Flight, Aircond Baru Nak On! | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 14 ] Pramugara Mengedarkan Suratkhabar Kepada Penumpang | Day 1 | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 | iPhoneography via iPhone4 & Instagram | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 25-28 June 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Serius beb masa ni memang panas giler dalam flight PIA ni. Hapa ke jadah la tiada aircond ni kan. Hampeh sungguh. Geram aku. Bayar dah la mahal giler. Owh ya lupa nak habaq. Kalau korang local ticket Islamabad-Skardu dalam Rs.7,ooo dan kalau foreigner mcm aku akan disembelih sampai Rs.19,000 ya. Kalau ada khidmat translator ke apa ok gak dalam flight. Dah la bayar mahal pastu aircond takde plak. Geram semua. Baby dah start menangis dalam flight masa ni. Dalam setengah jam la jugak dok kat area Islamabad Airport ni.

Seb baik dalam 20 minit lepas take-off aircond berfungsi balik. Hati panas telah sejuk seketika. Tapi sejuk bukanlah sebab ada aircond sangat. Tapi sebab dapat menikmati pemandangan Nanga Parbat di sebelah kanan flight. Apa itu Nanga Parbat? Nantikan posting seterusnya. Pasti korang akan terjatuh dagu (jaws-dropping) punya la bila nengok pemandangan Nanga Parbat di Kaghan/Naran Valley nanti. Tunggguuuuuu!

Catatan Pengalaman Skardu Deosai Shigar Summer Trip 2011 bersambung lagi di edisi selepas ini ….. sabar ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “[14 Photos] Makan Karipap di Airport, Flight PIA Delay & Semua Kepanasan Dalam Flight PIA | Summer 2011 | Skardu Deosai Shigar | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | Day 1/4 Part 1

  1. kapal terbang cap ayam ker apa tu, bleh pula takde ekon dan main cak2 plak…
    jgn enjin dia main cak2 dah ler, seriau jdnyer…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge