[13 Photos] Suhu Kini Adalah 9’c Di Malam Hari, Permulaan Bagi Musim Luruh Di Islamabad | Winter 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan

Suhu kini semakin sejuk di Islamabad. Ianya telah mencecah kepada 9’c pada malam tadi. Saya jangkakan esok akan hujan. Mutiara akan membasahi bumi ajnabi ini sekali lagi. Hujan yang dinantikan oleh semua warga Islamabad. Saya pun dah lupa bila kali terakhir hujan turun di sini. Musim Luruh dan Musim Dingin adalah musim yang saya nanti-nantikan di Islamabad. Musim Dingin yang tidak terlalu sejuk adalah syurga sebenarnya. Tapi jika terlalu sejuk, memang tidak boleh bebas bergeraklah jawabnya. Setiap hati terpaksa memakai baju tebal. Kadang-kadang perlu memakai sarung tangan, jika tidak tangan akan terasa kebas bila keluar pada waktu malam. Rimas  juga sebenarnya ya.

[ 1 ] Pre-Autumn Leaves | Pokok Akar Dani | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 2 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok di sekeliling rumah juga telah mula bertukar warna. Pokok Chinese Tallow yang banyak ditanam di Jalan Marvi memang selalunya menjadi mangsa panahan lensa saya untuk tatapan pada musim luruh. Indah juga sebenarnya musim luruh kali ini. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan alam semesta dengan tumbuh-tumbuhan yang cantik untuk dinikmati dan disyukuri. Menarik bila dedaunan yang mula bertukar warna ini disimbahi dengan cahaya matahari pagi atau petang. Teknik backlighting yang penuh dengan keterujaan bagi saya. Soft light sebegini memang menjadi idaman semua tukang ambil gambar di dunia.

[ 3 ] Pre-Autumn Leaves | Pokok Akar Dani | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Musim luruh juga adalah musim menanam pokok bunga marigold atau dalam bahasa melayu pokok bunga tahi ayam. Baunya agak tidak menyenangkan hidung, namun rupa dan warnanya memang sesuai untuk tatapan mata. Tukang kebun saya akan menanam pokok-pokok bung amarigold ini di halaman rumah. Bunga-bunga ini akan hanya bertahan sehingga penghujung bulan November. Selepas itu tukang kebun tadi akan menanam pokok bunga kobis yang berwarna putih dan ungu. Bunga-bunga marigold ini hanya bertahan atau berbunga pada Musim Luruh sahaja. Dalam 2-3 bulan sahaja sebelum akan layu sepenuhnya pada Musim Dingin nanti.

[ 5 ] Marigold in Full Bloom | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Marigold in Full Bloom | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Seronok juga jika sekali-sekala dapat menikmati keindahan halaman sendiri. Lebih indah jika dapat disajikan dengan teh kashmiri yang berwarna merah jambu dan dicampur dengan sedikit hirisan badam, rempah & buah pelaga. Nampak pelik tapi sedap rasanya. Minta maaf. Tiada gambar teh kashmiri di sini. Mungkin lain kali saya akan ceritakan perihal teh kashmiri beserta gambarnya sekali. Owh saya memang sedang rindu dengan Kashmiri Chai di sini. Kebiasaannya saya akan menikmati Kashmiri Chai samada di Jinnah Super F7 atau di Aabpara Market di malam hari bersama pemandu saya

[ 7 ] Bird Chillies or Cili Padi Plants | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Bird Chillies or Cili Padi Plants | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pokok-pokok cili padi dan cili merah saya juga kini telah berbuah dan menunggu masa untuk mati. Saya perlu memetik kesemuanya dan disimpan di dalam peti sejuk kerana pokok-pokok cili ini tidak akan dapat bertahan pada musim sejuk -5’c nanti. Kesemua dedaunnya akan luruh dan jika dibiarkan cili-cili tersebut akan kering begitu sahaja di pokok masing-masing. Masanya untuk membuat cili jeruk. Sedap juga jika dinikmati bersama mee goreng di musim dingin nanti.

Pokok-pokok cili padi ini telah saya tanam semasa penghujung musim panas tahun lepas. Semuanya hidup subur dan telah saya dan rakan-rakan senegara Malaysia nikmati dengan enaknya. Cili padi ini memang pedas. Yelah kan. Kalau tidak pedas bukanlah cili padi namanya.

[ 9 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Saya memang gemarkan stail teknik fotografi ala-ala back-lighting sebegini. Berbekalkan cahaya mentari pagi yang masih belum panas sepenuhnya, saya bidik lensa untuk mendapatkan hasil seperti di bawah. Kadang-kadang saya terfikir alangkah untungnya jika saya dapat menghasilkan satu gambar back-lighting yang saya boleh cetak dan bingkaikan. Saya mahu letakkan ia di ruang tamu. Menjadi halwa mata buat tetamu.

[ 10 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Daun-daun pokok Chinese Tallow ini memang menarik. Bentuknya yang seakan dedaunan di Malaysia. Oh! Lupa pula namanya. Apakan daya, sudah tua. 🙂 Saya difahamkan pokok-pokok Chinese Tallow ini bukan berasal dari Islamabad. Ianya mungkin di bawa oleh British suatu masa dahulu. Saya perhatikan pokok sebegini tidak pun terdapat di Lahore malah Karachi. Walau apapun, idea untuk penanaman pokok ini harus dipuji kerana Islamabad adalah empat musim. Kehadiran pokok-pokok ini sedikit sebanyak akan memuntahkan warna-warni di bumi Islamabad semasa musim luruh.

[ 11 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di bawah adalah pemandangan biasa di Jalan Marvi, berdekatan Jinnah Super Market di Sektor F-7 Islamabad. Saya selalu merakamkan gambar di bawah pada musim yang berlainan. Pada musim luruh nanti, kesemua daun-daun pokok Chinese Tallow ini akan bertukar kemerahan. Ada yang berwarna oren, kuning, coklat dan hijau. Seumpama pancaran cahaya warna di mukabumi. Kena cepat jika hendah merakamkan gambar dedaunan yang gugur. Jika lambat alamatnya akan habis disapu bersih oleh pekerja-pekerja Capital Development Authority (CDA) Islamabad.

[ 12 ] Pre-Autumn Leaves | Chinese Tallow Trees or Popcorn Trees | Near Marvi Rd, F-7 Sector, Islamabad, Pakistan | 10 11 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Musim sejuk juga bermakna anda akan dapat melihat munculnya kembali buah pisang kaki. Buah yang berbentuk seperti tomato. Berwarna seperti oren. Namun rasanya seperti epal yang rangup. Sedap juga. Buah pisang kaki memang banyak terdapat di Pakistan. Saya pernah berjumpa dengan pokok pisang kaki yang besar sewaktu saya kembara ke Utara Pakistan pada tahun 2010. Memang sungguh teruja dapat melihat dengan mata sendiri akan rupa pokok pisang kaki yang sedang masak ranum di bumi Pakistan ini.

[ 13 ] Buah-Buahan Pisang Kaki Yang Telah Masak Ranum | Rana Market | iPhoneography | Winter 2013 | Islamabad, Pakistan (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Sekian dahulu catatan untuk permulaan musim luruh. Jika diberi peluang saya akan catatkan pula pengalaman ketika musim luruh di sini. Pasti banyak dedaunan yang telah bertukar warna kemerahan. Banyak lagi yang ingin saya coretkan di sini. Tunggu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 responses to “[13 Photos] Suhu Kini Adalah 9’c Di Malam Hari, Permulaan Bagi Musim Luruh Di Islamabad | Winter 2012 | Marvi Rd, Near Jinnah Super Market F-7 | Islamabad, Pakistan

  1. di kelapangan ni sempat juga menatap coretan KNO …:)

    Reply

  2. harap sangat KNO …masukkan gambar2 autumn terbaru dari masa ke masa …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge