[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

Musim buah oren telah sampai ke penghujungnya di Pakistan. Di sini dua tempat yang sememangnya popular dengan ladang oren ialah di Khanpur (berhampiran Taxila) dan di Sargodha. Kedua-duanya terletak di Wilayah Punjab, Pakistan. Taxila terletak di dalam Wilayah Khyber Pakhtunkhwa. Saya hanya pernah sampai ke ladang oren di Khanpur (1 jam perjalanan dari Islamabad) sahaja. Belum berkesempatan lagi untuk ke Sargodha (3 jam perjalanan dari Islamabad) lagi. Seronok sebenarnya dapat berehat di bawah pokok-pokok limau sebegini. Memang tenang je rasanya. Dalam PKR800 rupees, kita boleh petik sendiri dan bawa balik separuh guni oren-oren ni.

[ 1 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 2 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Terdapat pelbagai jenis oren yang ditanam di Pakistan. Di antara yang paling popular adalah Kinnow (Kinoo), Malta dan Musambi (Moosambi). Oren Kinnow adakalanya mempunyai tekstur merah (seakan darah) di dalamnya. Acapkali ianya digelar dengan gelaran bloody kinnow kerana warna merah tersebut. Oren Musambi pula lebih mirip kepada warna kuning. Musambi lebih besar jika dibandingkan dengan Kinnow dan Malta. Kali ini saya ingat nak merasa memetik oren Malta, namun tiada pula pokok oren Malta yang berbuah. Hanya ada oren Kinnow sahaja.

[ 3 ] Pokok Laici dan Aprikot Pun Ada Di Ladang Ni | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Hampir setiap tahun juga saya singgah ke ladang oren di Khanpur ini. Kali pertama ialah pada Januari 2010. Sungguh teruja juga dapat memetik oren di pokok oren di Pakistan pada musim sejuk 2010 dahulu. Tak pernah tahu pula yang Pakistan ada ladang oren. Setiap tahun saya akan singgah ke ladang-ladang yang berlainan. Sahaja saya berbuat demikian untuk merasa jenis-jenis buah oren daripada ladang-ladang yang berlainan. Petani-petani di sini memberitahu, buah oren di Khanpur berbeza dengan buah oren di Sargodha. Di Khanpur, orennya lebih mirip kepada tekstur buah oren sunkist. Manakala buah oren di Sargodha lebih mirip kepada limau mandarin yang senang longkah kulitnya. Sesuai untuk buah jus oren mahupun kek oren. Memang sedap dan berkhasiat sekali.

[ 4 ] Geram Kan Tengok Buah-Buah Limau Ni | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Saya Dan Pokok Limau Pilihan Saya | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 6 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Pemandangan di ladang oren ini memang amat indah. Saya baru tahu yang di ladang oren Khanpur ini juga terdapat ladang buah Laichee (merah) dan juga pokok-pokok Aprikot. Saya dapat bayangkan akan peri indahnya ladang ini ketika musim bunga Mac nanti. Pastinya pokok-pokok aprikot akan mengeluarkan bunga-bunga indah berwarna putih umpama sakura di Jepun. Saya pasti akan datang lagi ke sini pada musim bunga nanti 🙂 Musim bunga di Pakistan memang sekejap sahaja. Kena peka dan cepat tengok kalendar, jika tidak akan terlepas pesta musim bunga.

[ 7 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 8 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Perasan tak ladang-ladang oren di dalam gambar agak kehijauan suasananya ? Ini kerana di bawah pokok-pokok oren tersebut juga ditanam dengan gandum. Gandum-gandum yang berwarna hijau akan mula dituai pada musim panas di bulan Mei dan Jun nanti. Kini kita belum dapat saksikan lagi biji-biji gandum lagi. Mungkin lagi sebulan akan kelihatanlah biji-biji gandum tersebut. Owh terlupa saya nak bagitau, gandum di dalam bahasa Urdu juga disebut sebagai gandum ya.

[ 9 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Inilah Tokei Gerai Limau di Khanpur Ni | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | iPhoneography | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Nampak tak buah oren yang tidak berwarna oren tapi berwarna kuning di atas. Itulah buah oren jenis Musambi yang saya terangkan di atas. Ianya agak besar. Rasanya pun agak sedap dan manis dibandingkan dengan oren Kinnow dan Malta. Memang sesuai kalau nak dibuat jus oren atau lassi oren. Sedap diminum ketika kehausan semasa musim sejuk yang kering di bumi ajnabi Islamabad. Oren Musambi paling sesuai dibuat jus oren. Warna kuningnya agak cantik bila diletakkan di dalam gelas dengan ais. Hilang dahaga bila dihidangkan dengan segelas jus oren sejuk Musambi.

[ 12 ] Mengerutu Kulit Limau Besar Ni | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | iPhoneography | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 13 ] Nampak Tak Warna Merah Seakan Darah Tu? | End of Season for Kinnow Orange | Winter 2013 | iPhoneography | Kinnow Orange Farm, Khanpur | Punjab Province, Pakistan | 16 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Nampak tak warna-warna kemerahan seakan darah di dalam buah oren Kinnow di atas ? Itulah sebabnya ianya juga digelar the bloody kinnow orange. Sejauh mana kebenarannya tidak pula saya ketahui 🙂 Mungkin benar atau mungkin juga dongeng semata-mata. Tapi yang pasti oren kinnow merah ini memang sedap. Rasanya manis. Saya diberitahu juga oren ini memerlukan musim sejuk yang cukup sejuk dan hujan agar rasanya manis. Jika musim sjuk kurang sejuk dan kekurangan air dek kerana kekurangan hujan, maka oren-oren di ladang Khanpur akan berasa masam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “[13 Gambar] Memetik Oren Kinnow, Malta dan Musambi di Penghujung Musim Sejuk | Winter 2013 | Ladang Oren Khanpur | Wilayah Punjab, Pakistan

  1. Lawanya oren itu! 😛

    Reply

    KNizam Reply:

    miga : kat sana lagi lawa kot fruit farm. hehe 🙂

    Reply

  2. wah asik sekali ya , memtik oren , kalau di tasik adanya di pasar saja ,…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge