[12 Photos] Poskad Dari Pakistan, Gambar #6 Adalah Tinggalan Sejarah Yang Dibina Oleh Raja Demetrius Graeco-Bactrian Pada 180 BC

Susulan daripada sambutan hangat akan posting Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”, saya bawakan sambungan daripada posting tersebut dengan 12 lagi gambar-gambar menarik di Pakistan di sepanjang empat tahun kembara saya di sana.

[ 1 ] Rohtas Fort | Winter 2013 | Jhelum | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Rohtas Fort atau Kubu Rohtas. Dibina oleh Sultan Sher Shah Suri pada Abad ke-16. Nak pergi ke Rohtas Fort ini anda perlu memandu selama kira-kira 2 jam dari Islamabad ke Bandar Dina di Daerah Jhelum. Setiap tahun memang saya akan singgah di sini untuk lepak-lepak sambil mengasah skil fotografi. Kubu-Kubu sebesar sebegini eloknya dilawati ketika musim luruh atau musim sejuk. Takdelah berpeluh-peluh masa memanjat tangga-tangga yang banyak di sini nanti.

Besar juga kubu tinggalan sejarah Sultan Shah Suri ini. Memang banyak tempat untuk diabadikan di dalam gambar. Di sini ada dalam 12 pintu gate utama. Setiap satunya memang besar dan boleh dilalui dengan gajah, yelah kan, gajah kan pengangkutan yang utama suatu masa dahulu. Jika anda ada tentera bergajah, memang sesuatu yang menggerunkan musuh-musuh anda.

[ 2 ] Shigar Fort Residence by Serena Hotel | Shigar Valley | Place of Rock | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region | Pakistan | 27 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Shigar Fort Residence juga dikenali sebagai Palace of the Rock di Lembah Shigar, Utara Pakistan. Pertama kali saya sampai di sini pada tahun 2011. Memang satu tempat yang menarik. Asalnya adalah istana lama raja-raja di sini. Kemudian diambil alih oleh Aga Khan Foundation dan Pengurusan Hotel Serena, dibaiki dan separuhnya dijadikan bilik-bilik hotel. Bilik-bilik di “wing” yang lama memang berdinding batu dan tanah. Berbau tanah biliknya. Mula-mula memang agak tidak selesa. Dah lama best pula bila menginap di sini.

Ada dusun buah-buahan di sekeliling hotel. Petik saja buah-buah ceri merah, aprikot, pic segar di sini. Mulberi yang masak ranum pun ada. Pengurusan hotel juga amat ramah. Saya selesa dengan perkhidmatan mereka yang sungguh prihatin. Mungkin kerana saya sahaja foreign tourist di sini agaknya. Ada sungai dengan air glacier yang mengalir di sebelah hotel ini. Kalau datang ke sini, anda boleh berjalan-jalan di sekitar lembah Shigar, orang kampung memang ok. Mereka pelik tengok anda. Tapi bila anda dah di offer chai, anda adalah umpama keluarga bagi mereka.

[ 3 ] Altit Fort Facing Altit Village | Hunza Valley | Summer 2013 | Gilgit-Baltistan Region | Pakistan | 22 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Gambar di atas adalah perkampungan Altit di Lembah Hunza di Utara Pakistan. Kelihatan Kubu Altit (Altit Fort) yang diperbuat daripada kayu dan batu tersergam di atas bukit. Pemandangan hijau, saujana mata memandang. Anda boleh melihat beberapa puncak gunung bersalji di sini. Sekarang ini musim panas. Salji-salji di atas sana tidak akan cair, malah begitu sahaja di sini. Masyarakat di sini terkenal dengan aprikot.

Ada satu laman indah yang dipenuhi dengan pokok-pokok aprikot ketika anda berjalan kaki nak ke Altit Fort. Pokok-pokok ini akan bertukar warna kuning pada musim luruh nanti. Indah sekali. Sudah lama saya berkeinginan untuk melawat kawasan Northern Pakistan pada musim luruh. Pasti magikal rasanya dapat menghirup chai panas sambil lepak-lepak di anjung yang pernah diduduki oleh maharaja di sini pada suatu ketika dahulu. Syurga dunia lagaknya.

[ 4 ] Khaplu Residence by Serena Hotel | Khaplu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region | Pakistan | 25 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Ini adalah di antara hotel yang paling best yang saya pernah menginap. Hotel yang dibina bersekali dengan bekas fort lama ini memang cantik. Masih utuh seni binaannya. Khaplu Fort & Residences terletak di Khaplu Valley. Setelah diambil alih oleh Aga Khan Foundation, ianya dibaikpulih dan dijadikan hotel. Kawasannnya memang agak jauh dari pekan dan bazaar. Letih juga kalau nak berjalan kaki ke bazaar berdekatan.

Macam di Shigar Fort Residence di Shigar Valley, penginapan di Khaplu Palace Residence ini juga terbahagi kepada dua. New wing dan juga old wing. New wing bangunannya agak baru, sesuai kalau ada anak-anak kecil. Old wing adalah bilik lama yang telah diperbaiki. Agak seram bila memasuki old wing ini. Namun old wing agak luas dan lebih cantik. Pastinya sesuai untuk traveller yang inginkan cabaran.

[ 5 ] Baltit Fort | Kariamabad | Hunza Valley | Gilgit-Baltistan Region | Northern Pakistan | 20 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Baltit Fort adalah kota yang telah dibina oleh maharaja terdahulu yang memerintah Hunza. Pertama kali saya singgah di sini adalah pada tahun 2010. Musim panas. Namun musim panas di sini tidaklah sepanas di Islamabad. Sila park kereta di bawah dan bersedialah untuk menapak mendaki ke Baltit Fort ini melalui lorong-lorong yang menarik pemandangan. Ada pokok aprikot di kiri dan kanan lorong. Kalau penat boleh berehat seketika sambil window shopping di kedai-kedai yang menjual cenderamata.

Baltit Fort ni kena bayar entrance fee. Biasanya bersekali dengan tour guide. Baik tour guide di sini. Boleh berbahasa English dan amat ramah. Tour guide akan membawa anda berjalan ke seluruh fort ini. Tandas juga disediakan di sini. Agak bersih dan selesa. Pemandangan dari atas Baltit Fort mengadap ke Puncak Rakaposhi adalah sungguh menakjubkan. Memang cantik. Sungguh indah alam ciptaan Ilahi di sini.

[ 6 ] Sirkap Ruins | Taxila | Winter 2012 | Punjab Province | Pakistan | 18 02 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kawasan bersejarah Sirkap di Taxila ini adalah hanya 2 jam sahaja pemanduan dari Islamabad. Memang dekat dengan rumah saya. Selalu datang sini layan blues. Ini adalah di antara tempat bersejarah pertama yang saya lawati. Berdekatan dengan ladang oren Khanpur. Selalu datang sini semasa musim sejuk. Lepak-lepak berbual berkenaan sejarah dengan rakyat tempatan. Memerhatikan gelagat pemandu pelancong yang acapkali berebut-rebut untuk memikat pelancong. Thai Airways adalah sponsor utama Sirkap Ruins di sini. Dana yang disalurkan digunakan untuk membaik-pulih  kawasan runtuhan sejarah yang gemilang ini.

Suka lepak-lepak bawah pokok besar di Sirkap sambil membaca buku-buku Travel ke Karakoram Highway. Kalau anda nak tahu, di sinilah saya mentelaah buku Lonely Planet Pakistan & Karakoram Highway. Mencari idea bagaimana saya boleh merealisasikan impian untuk meneroka lebuhraya yang ulung sehingga ke sempadan China.

[ 7 ] Rohtas Fort | Jhelum District | Punjab Province | Pakistan | 09 02 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Mohenjo Daro Ruins | Near Larkana District | Sindh Province | Pakistan | 20 11 2011 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Mohenjo Daro adalah suatu tamadun yang terkenal di dunia. Berpaksikan Sungai Indus dan dikenali juga sebagai Indus Civilisation, di sinilah terletaknya tamadun awal manusia. Kita selalu membaca kisah-kisah berkenaan Mohenjo Daro atau Tamadun Indus di dalam buku teks sekolah. Kini saya berpeluang untuk menjejakkan kaki sendiri ke sini. Subhanallah. Memang luas dan besar kawasan excavation ini. Inipun mungkin hanya 10% sahaja daripada kawasan asal yang masih belum digali.

Saya pernah sampai ke sini pada musim panas dan musim sejuk. Suhu pada musim panas di sini adalah di sekitar 53’c cahaja. Habis iPhone saya kena shut-down. Else boleh rosak iPhone nanti. Terasa seperti chicken tikka yang sedang dibakar ketika berjalan-jalan di sekitar Mohenjodaro ini pada musim panas.

[ 9 ] Alamgiri Gate | Lahore Fort | Shahi Qila | Old Lahore | Punjab Province | Pakistan | 21 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Perasan tak dengan senibina Pintu Alamgiri ini? Ianya dibina umpama menyerupai dengan bentuk kaki gajah. Malah gajah-gajah maharaja pada masa dahulu memang akan melalui pintu utama ini untuk masuk ke dalam Lahore Fort atau Kubu Lahore. Memang sungguh berskala besar Alamgiri Gate yang memutih ini. Susah juga hendak bergambar dek pintu yang berskala besar sebegini.

[ 10 ] Old Masjid | Khaplu Valley | Gilgit-Baltistan Region | Northern Pakistan | 27 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Chaqchan Masjid | The Miraculous Mosque | Khaplu Valley | Gilgit-Baltistan Region | Northern Pakistan | 25 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Pertama kali menjenguk ke Masjid Chaqchan ini, memang menakjubkan. Sedikit kajian saya melalui buku Lonely Planet terus menemukan saya dengan masjid ini. Masjid yang dibina di tengah-tengah kampung. Senang sahaja untuk mengecam masjid ini sebab ianya terletak di laluan utaman di Lembah Khaplu. Saya dan isteri terus memasuki perkarangan masjid. Kami diketemukan dengan penduduk tempatan di sini. Terdapat penduduk tempatan yang sedang asyik menjemur buah-buahan aprikot di atas dulang-dulang dan diletakkan di atas-atas bumbung berdekatan masjid ini.

Masjid ini agak istimewa bagi saya kerana warnanya yang unik. Terdapat hanya satu dewan sahaja di sini. Tiada dewan khas untuk kaum wanita bersembahyang di sini. Mungkin kaum wanita akan bersolat di kawasan koridor masjid sahaja. Senibina masjid ini agak unik. Dengan kehalusan dan ketelitian dalam seni kayu-kayan yang dipamerkan, memang tak sah jika kita tidak tertawan dengan keindahan senibinanya. Kesemuanya dibina dengan kayu termasukan kubah utama yang agak kecil.

[ 12 ] Wazir Khan Masjid | A Mole On The Cheek of Lahore | 01 04 2013 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Masjid Wazir Khan (Wazir Khan Mosque) adalah di antara masjid yang paling cantik pernah saya lihat di dunia ini. Senibinanya yang agak berwarna-warni dengan courtyard yang luas memang mengasyikkan. Masjid ini juga dikenali sebagai “Mole of the Cheek of Lahore”. Dibina oleh Hakim Shaikh Ilm-udin AlAnsari pada tahun 1634-35 AD. Zaman tersebut diperintah oleh Maharaja Shah Jehan yang dikenali sebagai pembina Taj Mahal di Agra India. Hakim Shaikh juga dikenali sebagai Wazir Khan. “Wazir” bermakna “Menteri” di dalam urdu.

Senibina masjid ini banyak dipengaruhi oleh binaan bercirikan “Washani tiles”. Mosaik-mosaik nya agak menarik dan sungguh detail. Masjid Wazir Khan ini boleh dimasuki melalui Pintu Delhi (Delhi Gate) di Bandar Lama Lahore (Old Walled City of Lahore). Di dalam masjid ini terdapat Makam Syed Muhammad Isyaq atau dikenali sebagai “Miran Badshah“.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge