[12 Photos] Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”.

Sudah lama sebenarnya saya ingin mengumpul, edit dan paparkan gambar-gambar destinasi percutian yang sungguh menarik dan amat berbaloi untuk dilawati di Pakistan. Sila abaikan apa yang anda tonton di televisyen anda. Gambar-gambar ini anda tidak akan dapat lihat di media massa utama di dunia seperti CNN atau BBC. Saya telah sampai kesemua destinasi di bawah. Penat dan puas mengambil gambar untuk dijadikan kenangan di kemudian hari. Sesuai untuk dijadikan kalendar pada tahun 2014.

Saksikanlah keindahan alam ciptaan Ilahi ini !

[ 1 ] JANUARY – Lower Kachura Lake, Shangrila Skardu Resort | Pagoda Chinese-Tibetan Style Restaurant | Skardu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 22 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM).

Gambar yang pertama adalah tasik di resort yang terkenal di Wilayah Baltistan. Diberi nama sebagai Kachura Lake. Ianya menempatkan resort yang diberi nama Shangrila. Ini bukanlah rangkaian Shangrila hotel yang biasa kita ketemu di Kuala Lumpur. Tetapi ianya diambil daripada perkataan dalam Bahasa China. Shangrila bermaksud Heaven on Earth. Memang terasa seperti di syurga bila dapat ke sini. Kali pertama saya singgah di sini ialah pada June 2010. Saya begitu terpesona dengan keindahan dan kecantikan tasik ini dan kawasan sekelilingnya. Bilik-bilik di Shangrila Resort Skardu ini agak run-down dan sesuai untuk back-packers. Sila reserve bilik VVIP jika anda datang dengan family ya. Hot water hanya ada sekitar 2 jam pada waktu pagi dan 2 jam pada waktu petang/malam. Sila plan masa mandi/urusan bilik air anda sewajarnya.

Gambar di atas diambil pada waktu pagi ketika matahari baru menyinari Wilayah Skardu ini. Memang cantik dengan reflection di dalam air tasik. Kebiasaannya saya akan mengambil gambar dari sudut sebelah sana menghadap ke Restoran Pagoda. Namun kali ini saya mengambil angle yang lain daripada sebelah sini, yakni angle daripada Bilik-Bilik VVIP. Memang cantik! Di sekeliling Shangrila Resort ini ada juga dusun-dusun buah yang akan masak ranum pada musim-musim buah. Ada anggur, epal hijau, epal merah, aprikot, peach, cherry merah hitam, walnut, badam (almond) dan banyak lagi. Saya telah singgah ke sini pada 2010 dan 2012. Destinasi wajib singgah jika anda berpeluang ke Wilayah Utara Pakistan!

[ 2 ] FEBRUARY – Jheel (Lake) Saiful Mulook in Summer Season | Facing Malika Parbat Mountain | Summer 2012 | Kaghan Valley | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | 24 06 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Ini adalah di antara tasik yang paling terkenal di Pakistan. Setiap tahun saya akan berkunjung ke tasik Saiful Mulook ini. Memang cantik. Airnya biru. Sungguh sejuk, tak tertahan kaki kita kalau berendam di dalam air glacier yangs sejuk. Harap maklum gambar di atas adalah ketika musim panas bulan Jun ya. Kalau bulan Disember, lagilah sejuk menggigil dek kerana musim sejuk. Saya pernah berjalan mengelilingi tasik tersebut sehingga ketemu dengan punca air iaitu salji keras (di hujung sana) yang berwarna putih. Memang penat tapi berbaloi berjalan mengelilingi tasik ini. Kali pertama saya singgah di sini ialah pada 2010. Saya menaiki jeep. Menunggang kuda. Berjalan sambil terjatuh beberapa kali di atas glacier. Barulah ketemu dengan tasik yang mencapai ketinggian 3,224m dari paras laut ini.

[ 3 ] MARCH – Attabad Lake | Karakoram Highway Has Been Demolished Due to the Landslide in Early 2010 | Summer 2013 | Near Gojal Village | Gojal Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 21 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di atas adalah Tasik Attabad atau Attabad Lake. Tasik ini terbentuk pada Januari 2010 akibat daripada tanah runtuh. Kini Karakoram Highway telah tertimbus dah dipenuhi air sepanjang 30 km. Memang panjang tasik ini. Karakorang Highway akan terputus di Hunza Valley. Kita akan terpaksa menaiki bot rakyat kayu rakyat tempatan untuk menyeberangi tasik ini. Perjalanan selama lebih kurang 1 1/2 jam memang sungguh mengujakan. Juga menakutkan. Saya dan rakan menaiki boat sambil bawa sekali Toyota Fortuner kami seperti di atas. Takutnya hanya Tuhan yang tahu. Oh ya! Airnya biru, sebiru-birunya. Sejuk sekali. Boleh kebas muka kalau ambil wuduk di sini.

Kami dikehendaki untuk mengisi indemnity form supaya kami tidak boleh menyaman kerajaan Pakistan jika ada apa-apa kemalangan kelak. Terasa nak berpatah balik ke Islamabad pun ada pada masa ini. Pengalaman 10 minit pertama menaiki bot ini memang menakutkan. Seram sejuk, peluh jantan semua dah mengalir di tengkuk. Kaki kebas dek kerana telah 10 minit duduk bersila tidak bergerak-gerak di hujung bot. Kami takut kalau kami bergerak nanti, Fortuner ini akan bergoyang dan bakal bersemadi di dalam tasik biru ini. Namun syukur Alhamdulillah. Tiada apa-apa yang tidak diingini yang berlaku kepada kami. Saya masih hidup dan sihat. Saya masih dapat mencoretkan pengalaman saya menyeberangi tasik ini untuk tatapan anda semua.

[ 4 ] APRIL – Hunza Valley and Mt Rakaposhi | View from Baltit Fort at Karimabad | Summer 2011 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 05 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Pemandangan Lembah Hunza atau Hunza Valley yang mengujakan sekali. Memang terpesona. Di hujung sana adalah Puncak Gunung Rakaposhi. Memang cantik. Saya memang bertuah kerana dapat menikmati pemandangan Rakaposhi di depan mata sendiri. Memang tak berkelip-kelip mata saya dibuatkan. Rasa seperti ingin tinggal di Lembah Hunza berbulan-bulan. Semata-mata untuk bangun pagi dan menikmati keindahan lembah yang hijau berlatar-belakangkan puncak Gunung Rakaposhi yang masih memutih dilitupi salji sepanjang tahun.

Memang best kalau dapat duduk sebulan di Lembah Hunza yang hijau ini. Kalau masa Musim Luruh nanti lagilah cantik. Anda boleh google sahaja suasana di Lembah Hunza ketika Musim Luruh nanti. Kesemua pokok-pokok yang tinggi yang dinamakan pokok poplar akan bertukar warna menjadi warna kuning. Pokok-pokok aprikot dan ceri akan kemerahan. Memang laksana suasana di syurga lagaknya nanti.

[ 5 ] MAY – Passu Cones at 6,106m | Passu Cathedral or Tupopdan | Passu Valley | Summer 2013 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 21 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Passu Cones atau Passu Cathederal atau Pergunung Tajam Passu di Utara Pakistan. Selepas menyeberangi Tasik Attabad, anda akan melalui beberapa kampung seperti Gojal Village, Gulmit Village dan Hussaini Village. Jalan agak teruk dan berliku-liku. Terhantuk jugalah kepala ketika terumbang-ambing di dalam kereta di sini. Namun apabila ketemu dengan jalanraya hitam berturap tar yang baru dibina, anda akan terpesona dengan pemandangan Passu Cones seperti di atas. Berkelip-kelip mata saya melihat keindahan dan kuasa ciptaan Ilahi di sini. Memang benar-benar seperti di dalam Postcard Pakistan yang pernah saya beli di Saeed Book Bank, Islamabad. Memang lawa. Memang cantik. Kadang-kadang kecantikan Passu Cones tidak dapat saya gambarkan seperti di dalam gambar di atas. Anda perlu menyaksikan dengan mata anda sendiri untuk mempercayainya. Orang putih kata “the picture does not do justice to the actual beautiful scenery”.

[ 6 ] JUNE – Mt Rakaposhi (Snow Covered) or Dumani (Mother of Mist) at 7,788m | 27th Highest Mountain In The World | View from Thagafari Base Camp or Town of Gulmat “Zero Point of Rakaposhi”  | Summer 2011 | Nagar Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 04 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Tak tahu kenapa, saya memang telah jatuh cinta dengan Rakaposhi View Point ini. Memang cantik dan saujana mata memandang. Anda akan dapat lihat dengan jelas puncak Gunung Rakaposhi di Hunza Nagar Valley. Di sinilah juga anda akan dapat lihat dengan jelas Rakaposhi Base Camp. Memang terpegun. Menyaksikan glacier-glacier berwarna biru yang telah keras dan tajam di depan mata. Kalau anda bernasib baik anda akan dapat lihat runtuhan salji di depan mata anda sekali. Duduk berehat di Nagar Valley sambil mengunyah buah ceri asli terbaik dari ladang di Lembah Hunza. Sambil-sambil menatap puncak gunung yang dilitupi salji, sambil jari menekan button update instagram anda. Ini barulah syurga dunia namanya.

[ 7 ] JULY – Satpara Lake & Satpara River at 2,636m| Summer 2012 | Skardu Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 28 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Di atas adalah pemandangan menakjubkan di Wilayah Satpara. Di hujung sana adalah Tasik Satpara yang kebiruan airnya. Sumber airnya dikatakan bermula daripada kawasan tanah tinggi di Deosai Plains. Saya pernah sampai ke Deosai Plains dan airnya memang air mineral sebenar. Sungguh sejuk dan segar airnya. Seronok dapat lepak-lepak sambil menikmati segelas Coca Cola di tepi Tasik Satpara. Pemandangan sebegini jarang kita temui di Malaysia.

Bayangkan di celah-celah ketandusan gunung-ganang, tetiba ternampak lembah yang kehijauan, lengkap dengan sumber air yang berwarna biru. Pemandangan anda dihiasi pula dengan ladang-ladang atau petak-petak gandum yang sedang menguning menunggu masa untuk dituai secara manual dengan sabit dan parang. Suasana kehidupan yang sungguh mudah dan menyenangkan. Tiada hiruk-pikuk kenderaan di sini. Yang ada hanya bunyi-bunyi air sungai yang mengalir. Sesekali kedengan bunyi kanak-kanak sedang bermain di kampung-kampung yang berdekatan.

[ 8 ] AUGUST – Babusar Top at Babusar Pass  at 4,173m | Kaghan Valley | Summer 2013 | Khyber Pakhtoonkhwa Province, Pakistan | 23 06 2013 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 9 ] SEPTEMBER – Indus River & Karakoram Highway | Approaching Chilas | Summer 2011 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 03 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 10 ] OCTOBER – Hunza River | Summer 2011 | Hunza Valley | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 04 09 2011 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

[ 11 ] NOVEMBER – Lower Kachura Lake, Shangrila Skardu Resort | Skardu Valley | Summer 2012 | Gilgit-Baltistan Region, Northern Pakistan | 23 08 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Sesungguhnya boleh saya katakan yang saya masih tidak puas dapat mengabadikan gambar Tasik Lower Katchura atau Tasik Shangrila ini di dalam gambar. Ini adalah pemandangan biasa di sini. Bangunan yang berbentuk ala-ala pagoda merah itu adalah Restoran Shangrila. Satu-satunya kedai makan di sini.

[ 12 ] DECEMBER – Murree Hills, The Galliyat | Winter 2012 | Punjab Province, Pakistan | 08 01 2012 (PHOTO BY KNIZAM OMAR / KNIZAM.COM)

Pergunungan Murree di musim sejuk. Memang teramat sejuk. Gambar ini diambil dari anjung sebuah restoran di tengah-tengah bandar Murree di Mall Rd. Salji amat tebal ketika ini. Setiap tahun saya akan singgah ke Murree dan Bhurban untuk menikmati keindahan musim dingin yang memutih. Sedap dapat minum kopi atau chai sambil menikmati pemandangan sebegini pada waktu pagi. Kebiasaannya Murree akan bersalji pada bulan Januari dan berakhir pada penghujung bulan Februari setiap tahun. Hujan lebat di Islamabad adalah petanda salji lebat di pergunungan Murree.

Amacam?

Anda ingin ke Pakistan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 responses to “[12 Photos] Anda Pasti Tidak Percaya Ini Adalah Gambar-Gambar Pelancongan Sebenar di Pakistan. #1 & #11 Adalah “Shangri-la” atau “Heaven On Earth”.

  1. Assalamualaikum
    Subhanallah-cantik sungguh bumi Pakistan yang diketahui dunia.
    Semoga satu hari nanti saya akan dapat ke sana.
    Bagaimana dengan kos? pengangkutan untuk berjalan2..?
    Terima Kasih kerana berkongsi gambar yang amat menari.

    Reply

  2. Assalamualaikum
    Subhanallah-cantik sungguh bumi Pakistan yang diketahui dunia.
    Saya berminat nak ke sana..
    Bagaimana dengan kos? pengangkutan untuk berjalan2..@ ada package yg di sediakan…harap boleh email Kat saya kalau ada tour ke sana..
    Terima Kasih kerana berkongsi gambar yang amat menarik…

    Reply

  3. Assalammuaalaikum,

    im planning go to pakistan next year during winter season.
    any advise or tips nak ke sana?

    Thank you in advance.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge