[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

Musim sejuk tiba lagi di bumi Pakistan.

Seawal pertengahan bulan Disember, bumi Islamabad telah dihujani dengan musim hujan, petanda bermulanya musim sejuk yang mencengkam.

Musim hujan di Islamabad adalah petanda akan turunnya salji di Pergunungan Murree.

Musim sejuk kali ini dijangka yang paling sejuk di dalam sejarah 50 tahun negara ini.

Turunnya salji yang memutih bakal membawa rahmat sekali lagi.

Setidak-tidaknya kepada mereka yang berminat untuk bermain salji!

Jika anda tanya kepada warga tempatan, rata-ratanya menggemari musim sejuk, bukan sebab ada salji, tetapi sebab suhunya yang sejuk dan tiada atau jarang ada loadshedding.

Bekalan elektrik di Pakistan masih lagi tidak mencukupi.

Ketiadaan bekalan elektrik dengan suhu panas sehingga 48’c adalah malapetaka pada musim panas.

Patutlah mereka menyukai musim sejuk berbanding musim panas.

[ 1 ] Murree yang dilitupi salji tebal malam tadi. Sekejap lagi kami semua akan berada di kawasan atas tuh | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Setiap tahun saya dan rakan-rakan senegara dari Malaysia akan berkunjung ke Murree dan Bhurban semata-mata untuk merasai keseronokan bermain salji yang memutih.

Salji turun agak tebal kali ini. Sampai ke lutut tingginya.

Seronoklah kami dapat berlari-lari seperti kanak-kanak di dalam salji.

Dihidang pula dengan nasi lemak ikan bilis tatkala telah penat bermain salji.

Makan juga dengan karipap dan minum dengan doodthpati chai Pakistan.

Memang heaven!

Tu belum lagi kalau dapat pekena sendiri dengan kopi cap Kapal Api!

[ 2 ] Salji yang sungguh tebal sampai menutup setengah kereta yang parking di hadapan kedai atau hotel | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 3 ] Salji baru sahaja turun malam tadi di Murree. Nampak sungguh cantik dan segar sahaja | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 4 ] Salji yang tebal di Kashmir Point, Murree. Nak turun ke bawah sana tu memang sungguh menyiksakan. Tapi berbaloi! | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 5 ] Salji tebal di Padang Kriket di Bhurban. Padang ni memang dekat dengan Hotel Pearl Continental, Bhurban. Puas bergambar di sini | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Tanggal 29 Disember 2012, saya dan beberapa rakan telah singgah ke Pergunungan Murree, dengan satu niat di hati, ingin bermain salji.

Hari jumaat, bumi Islamabad disimbahi dengan hujan sepanjang hari.

Petanda baik sekali.

Pasti salji akan turun dengan lebatnya di Murree (disebut sebagai mer-ri).

Segala kelengkapan dan pakaian tebal telah disediakan.

Kami melalui Murree Expressway untuk ke Pergunungan Murree.

Nantilah saya akan cerita dengan panjang lebar apa yang berlaku di sepanjang trip “Memjejak Salji” pada kali ini :).

[ 6 ] Pemandangan yang biasa, dengan salji memutih di Murree | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 7 ] Mujur pihak berkuasa telah membersihkan jalan-jalan yang dilitupi salji malam tadi. Senang nak bergerak pagi ini | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Hati siapalah yang tidak gembira tatkala melihat padang kriket di Bhurban yang dipenuhi dengan salji.

Salji yang memutih yang baru turun pada hari sebelumnya.

Pemandangan yang dikurniakan oleh Tuhan untuk kita nikmati, kagumi dan syukuri.

Terasa seperti mahu berenang kuak lentang di dalam padang salji!

[ 8 ] Pakora (sayur/kentang yang digoreng dengan tepung) memang enak dimakan panas-panas pada musim sejuk seperti ini | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Best rasanya nak menikmati pemandangan yang memutih di Kashmir Point, Murree kali ini | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Ini bukan kali pertama saya ke Pergunungan Murree untuk bermain salji.

Ini adala trip ke-3 dalam sepanjang hidup saya berkelana di bumi Islamabad ini.

Setiap trip adalah berlainan sekali. Pergi bersama dengan orang-orang yang lain.

Sungguh teruja ketika pertama kali menatap salji yang memutih di bumi Pakistan.

Siapa sangka anda hanya perlu memandu selama sejam setengah sahaja untuk bermain salji.

[ 10 ] Lelaki pakistan penjual chai (teh susu). Gigih sungguh nak bawak chai dari bawah sana. Sejuk dan dalam salji tuh! | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 11 ] Salji yang turun malam tadi sungguh lebat. Hampir menutupi lutut kedalamannya | Winter 2012 | Murree Hill, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan | 29-30 12 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

“Chai brother ?”

Jangan tak tau yang di tengah-tengah salji yang tebal itu #SilaLihatKakiDia.

Anda akan dihidangkan dengan minuman teh tempatan yang dikenali sebagai chai!

Cuma sila pastikan yang beliau telah membasuh semula cawan-cawan yang dipegangnya itu ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One response to “[11 Photos] Musim Sejuk Penghujung December 2012 & Malaysians Trip to Murree | Winter 2012 | Murree, The Galliyat | Punjab Province, Pakistan

  1. Yeaaaaaaaaaaaaaayyyyyyy

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge