[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

Jarang sebenarnya saya bercerita atau menghasilkan satu catatan khas untuk Masjid Faisal ini. Masjid Faisal, didermakan oleh Raja Faisal daripada Arab Saudi suatu ketika dahulu. Masjid berwarna putih yang berbentuk khemah arab ini agak unik. Sila google atau singgah ke lamanweb Pakcik Wikipedia untuk membaca sejarah masjid ini. Masjid ini telah didermakan oleh Raja Faisal atau King Faisal daripada Arab Saudi. Rekaannya agak unik dengan bentuk tent ala-ala khemah arab di gurun sana. Tiada tiang seri di tengah-tengah masjid. Masjid ini agak luas dan boleh menempatkan jemaah dalam jumlah 100,000 lebih di dalam dan luar kawasan masjid (courtyard).

[ 1 ] Langit biru dengan awan gemawan, latarbelakang penuh anggun untuk Masjid Faisal yang berwarna putih | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Di sinilah saya solat Jumaat setiap kali hari Jumaat. Walaupun kadang-kadang saya bertukar angin ke masjid lain di Islamabad, namun hal tersebut boleh dibilang dengan jari sebenarnya. Masjid ini agak besar. Masjid paling besar di Islamabad. Masjid ini pernah dinobatkan masjid terbesar di dunia suatu ketika dahulu. Boleh menampung sehingga ribuan jemaah pada satu-satu masa.

[ 2 ] Kelihatan bunga-bunga mawar atau ros berwarna putih mekar berkembang di taman di Masjid Faisal | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Sekarang ni adalah musim bunga di Islamabad. Di sekitar masjid ini terdapat taman bunga mawar atau ros. Sekarang adalah waktu puncak musim bunga ros ini. Tahun ni rasanya macam kurang sedikit berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas lagi banyak bunga ros yang berkembang mekar rasanya. Cakap sahaja warna apa, semua ada di sini. 🙂

[ 3 ] Tahun lepas bunga-bunga ros ini agak menarik, tahun ini macam tak menjadi pula bunganya | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Kalau cuaca cerah dah cantik kita akan nampak pemandangan Bukit Margalla yang berwarna hijau. Dipenuhi dengan hutan pokok renik. Disitulah saya selalu hiking daripada kaki bukit sampailah ke puncak nya. Puncak tertinggi dikenali sebagai Pir Sohawa. Pir Sohawa ni berdekatan dengan Restoran Monal, restoran yang terkenal di Islamabad.

[ 4 ] Bukit Margalla yang menghijau. Saya sekali trekking di Bukit Margalla ini | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bawah ni pula Makam General Zia-ul Haq. Satu-satunya makam yang ada di perkarangan atau taman bunga ros di Masjid Faisal ini. Kebiasaannya makam ni ditutup dan dikunci, hanya ada hari-hari tertentu sahaja yang dibuka untuk dilawati oleh orang ramai di Islamabad ini.

[ 5 ] Kubur General Zia-ul Haq. Kubur ini betul-betul di hadapan dengan Masjid Faisal | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 6 ] Jauh sebenarnya jika hendak berjalan daripada kawasan tempak letak kereta ke pintu masuk utama Masjid Faisal ini | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Bunga mawar merah ni sahaja yang kelihatan berkembang mekar hari ini. Bunga-bunga lain seakan-akan merajuk pula hari ini. Tahun lepas lagi banyak dan puasa bergambar di taman bunga ros di Masjid Faisal. Ramai juga sebenarnya rakyat Pakistan yang datang singgah ke Masjid Faisal untuk melancong dan bersiar-siar.

[ 7 ] Bunga-bunga ros berwarna merah melatari pemandangan di Masjid Faisal. Bunga-bunga ini hanya mekar pada musim panas sahaja | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 8 ] Lama dah saya tunggu untuk merakamkan keadaan awan dan langit yang begitu dramatik sebegini di Masjid Faisal | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 9 ] Cantik kan langit pada hari ini. Keadaan agak panas sebenarnya semasa saya merakamkan gambar ini | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

[ 10 ] Keindahan Masjid Faisal di kaki Bukit Margalla di Islamabad | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Biasa kita tengok masjid dalam gambar warna, apakata sekali sekala kita lihat pula rupa Masjid Faisal dalam hitam putih pula. Cantik jugak kan? hehe 🙂 Saya terpaksa tinggikan sedikit kontrast langit sebab tak berapa nak gelap masa ni. Gambar hitam putih ni biasanya akan lagi cantik kalau kontrasnyer tinggi ye adik2 🙂

[ 11 ] Kita layan pula keindahan Masjid Faisal dalam bentuk gambar hitam putih pula | Cotton Candies, White Clouds & Clear Blue Skies | Faisal Masjid, Islamabad, Pakistan | 29 04 2012 (PHOTO BY KNIZAM / KNIZAM.COM)

Lama betul penulis menunggu untuk merakamkan gambar terbaik Masjid Faisal kali ini. Gambar ketika musim luruh atau dingin memang tak berapa nak menarik sebab awan tiada dan kebiasaannya langit kelabu sahaja. Gambar di atas memang ditunggu-tunggu. Kalau di Malaysia memang kita dah selalu nampak suasana langit yang cantik, tapi di Pakistan, jarang-jarang sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 responses to “[11 Photos] Masjid Faisal Ketika Musim Bunga, Awan Memutih Bak Kapas, Langit Biru Membayangi Bukit Margalla Yang Hijau | Spring 2012 | Islamabad, Pakistan

  1. cantik……sgt masjid nih…sejuk jew mata memandang

    Reply

    KNizam Reply:

    shahril : penat tunggu nak dapat background mcm ni hehe 🙂

    Reply

  2. gambar pemandangan yang cantik…awan tu semua cantik

    Reply

    KNizam Reply:

    wan : hehe susah nak dapat awan mcm ni sebenarnya kat sini hehe 🙂

    Reply

  3. memang cantek tu/.//
    dah lama tak singgah sini

    Reply

    KNizam Reply:

    zooL : hehe dekat 2 tahun aku tunggu nak snap gambar masjid ni dengan background awan biru mcm tu hehe 🙂

    Reply

  4. Cantik lensa bro. Jenis apa ni?

    Reply

    KNizam Reply:

    hariz : tuh pakai canon 24-105mm 🙂

    Reply

  5. assalam..maaf saya pelawat baru di blog wak nie….apapun masjid nie mmg cntik..teringat pengalaman tahun 2010 semasa saya kesana..tp time tu musim sejuk….kemudian berjumpa dengan en erick untuk urusan visa di sana..

    Reply

    KNizam Reply:

    rehman : owh datang islamabad ke. awat x habaq mai. hehe 🙂

    Reply

  6. time tu x kenal lagi blog nie..nie pun sb terjumpa sb blog arwah wan ahmad. dapat tahu lak banyak juga rakyat malaysia di islamabad..he he..jgn isau..akan selalu juga ke pakistan sb dh nikah dengan org dari sana

    Reply

    KNizam Reply:

    rehman : owh ye ke. nanti kalau singgah ISB boleh pekena doodthpati chai 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge