10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

ramai orang suka pergi jalan-jalan

tak kiralah jalan-jalan cari makan ke, jalan-jalan melancong

ramai orang ingat jalan-jalan ni memerlukan banyak wang ringgit

sebab itu tak ramai yang nak jalan-jalan aka travel

ramai orang suka ambil gambar

tapi tak ramai yang suka dengan gambar sendiri (setelah pulang dari jalan-jalan)

ramai orang suka tengok gambar jalan-jalan orang lain

tapi tak ramai orang yang berusaha lebih sedikit untuk mengambil gambar (macam orang lain di atas)

justeru. meh sini aku bagi 10 tips nak ambil gambar travel

tidak. aku travel tak pakai dSLR. aku hanya ada iPhone4 dan digicam Sony sahaja

kadang-kadang ianya bukan sebab kamera, tapi sebab tangan yang memegang kamera ya. hehe 🙂

1. ambil gambar dari angle semut merah – korang pernah tengok semut? kecil je kan. kalau biasanya kita snap pic dengan tangan ke atas, cuba kali ni amik digicam. turunkan sket, nak meniarap pun ok. pastu snap gambar dari level semut. level rumput pun ok. gambar bangunan akan jadi lebih besar. gambar yang tinggi lutut je akan jadi seperti gergasi. memang bukan level mata kasar. gambar korang pasti akan dabomb!

2. tunggu langit biru dan awan putih berkepul-kepul – perasan tak yang kita sebagai manusia memang suka dengan langit yang membiru dengan awal berkepul-kepul putih, laksana awan gemawan gemalasari. jadi kalau nak ambil gambar travel yang cool, kenalah check dulu cuaca nya bagaimana. tunggulah awan putih atau langit biru bagi snap pics. kalau ada background mcm ni confirm gambar korang akan best, lemak berkrim disukai ramai.

3. tidak perlu dSLR untuk anda jalan-jalan pusing dunia – ada orang kata hidup perlukan dSLR. atau dengan lebih mudah kita perlukan dSLR untuk dapatkan gambar yang baik ketika jalan-jalan. aku setuju. tapi tak semestinya tanpa dSLR kita tak boleh bawa pulang kenangan terindah. takkan dengan digicam yang kita beli kita tak mampu nak ambil gambar-gambar yang menarik kan? so jangan gundah gulana. gunakan sepenuhnya digicam yang anda ada. jangan difikirkan sangat pasal dSLR tuh. hehe 🙂

4. study sedikit pasal tempat travel anda sebelum sampai ke sana – yang ni memang agak penting la kan. aku pun kadang-kadang malas nak buat research sangat pasal tempat jalan-jalan tuh. apa yang aku buat ialah baca sket-sket dulu. baca dalam 60% tempat yang kita nak pergi then the rest is history (unplanned history indeed) hehe. rileks jangan gelabah. terimalah hakikat yang travel yang bagus biasanya akan berakhir dengan ketidakpastian, tidak seperti yang kita jangkakan. it’s not the destination that matter, it’s the journey that matters. remember? hehe

5. biasakan ambil gambar-gambar macro yang mengancam – ramai juga rupanya yang tak tahu bahawa digicam or iphone yang depa beli ada function macro (ambil gambar secara dekat) yang superbliciously sedap. tak percaya? cuba dengan ambil gambar bunga dahulu. focus betul2 di celah2 kelopak bunga tengah2 tuh. tunggu gambar sharp then click. walla! hasilnya ada gambar macro yang sungguh ideal dan menawan. hati tertawan. orang lain tengok boleh jadi sawan.

6. kalau dah travel silalah snap gambar makanan – kadang-kadang ramai orang yang lupa nak snap gambar makanan ketika travel. walaupun tempat yang kita jalan-jalan tuh dah selalu kita pergi. kadang-kadang kita lupa nak focus kepada gambar makanan tersebut kan. korang percaya tak kalau aku cakap aku boleh buat satu series photoshoots kat pasar malam sahaja? hah! terbeliak mata! seriusly memang best kalau dapat snap gambar makanan. boleh membuatkan orang lain terliur. tak perlu tunggu orang lain, sendiri pun kadang-kadang terliur balik bila tengok gambar makanan sendiri, tambah2 lagi kalau dah dok kat luar negeri ni kan. hehe

7. snaplah pic yang berwarna-warni sket – masa korang jalan2 tuh kan, mata kenalah kreatif sket. kebiasannya kita akan dapat lihat sesuatu yang menarik hanya dengan berlandaskan kepada colours of the wind sahaja. phewwww! tipu! manader colours of the wind. ni colour betul daaaaaa. cari spot menarik yang ada colours yang mengancam, umpamanya colour merah ke, biru ke, even kuning or oren pun menarik. keep the shots simple dulu. jangan terlampau berwarna-warni, nanti caca marba hehe 🙂 kalau susah sangat, masa korang nak keluar tuh pakai la baju yang menyerlah sket. pernah tengok aku keluar jalan2 pakai crocs merah? tadaaaaaa now dah tahu fungsinya kan. hehe 🙂

8. tidak semua yang kita lihat dapat dizahirkan dengan kamera – terimalah hakikat yang walau secantik mana dan selawa mana pun suasana sekeliling kita, ianya tidak akan dapat dizahirkan dengan gambar-gambar yang kita ambil. so sekali sekala snap la video. jangan la beli digicam mahal, hd lagi tuh, sekali tak tau nak ambil video kan. lagi satu aku pun terperasan bila ada nampak suasana jalan-jalan yang best, pemandangan yang cantik, jangan tergopoh gapah untuk mengambil gambar. enjoy the scenery dulu. then baru snap pics. cari angle yang cool dan snap pic. kalau takde angle yang cool, tak perlulah ambil gambar. cukuplah dengan menatapnya dengan mata yang dikurniakan Ilahi ni kan. Subhanallah!

9. kalau mahu gambar yang bagus, sila snap berkali-kali ya – janganlah bagi tahu aku yang korang memang malaikat. kalau malaikat senang je snap pic sekali terus walla! superb giler. korang kan manusia. silalah snap a few pics kalau nak dapat gambar yang menarik. aku pun kadang-kadang snap banyak giler. pastu bila dah download ke laptop, silalah beranikan diri delete gambar-gambar yang blur or tak menarik. sila jangan membazir hard disk ok. ada siapa ntah pernah bertanya bagaimana aku boleh snap gambar kuda yang tersenyum pada aku sambil menggoyang2kan ekornya secara manja. jawapan aku, aku snap gambar tuh berkali-kali. ada la dalam 50 keping kot. hehe 🙂

10. kadang-kadang korang just shoot la mana korang suka – sila abaikan semua tips di atas. ikut gerak hati then shoot je. sometimes spntaneous shoot pun cun gak. sometimes la. not everytime beb! haha. blog kita wajah kita. blog aku haku punya suka. digicam korang, suka hati korang la nak snap gambar apa pun kan. tapiiiiii janganlah plak balik rumah, nengok gambar orang lain, terus cair. haha.

– – – – – – – – – –  –

so now silalah travel dan praktikkan apa yang aku bagi kat atas.

kalau tak jadi cuba lagi sambil berkata dengan kuat “i have yet to fail, i have just discovered 99 ways of not doing it”

wilcha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 responses to “10 Tips Untuk Dapat Gambar Travel Yang Mengasyikkan & Puas Hati Dengan Kualiti Gambar Travel

  1. hehe.. tips yang menarik bro! walaupun selalu pakai cam orang jer, janji puas.. hehe..

    Reply

  2. wow.. cantik cantik gambar tu bro

    Reply

  3. KNO.. aku stuju 100% aopa yg ko tulis tu.. AKu bermula dari kamera henpon je dan sekarang dah ada dslr utk lebih “kebebsan” mengawal jenis fotografi tertentu yg aku nak ambik. Aku mmg sangat stuju dgn entry ko ni.. Kipidap bro.. 🙂

    Reply

  4. kau punya tips #1 dah macam 10 golden rule of lomography beb. jangan ambil gambar dari aras mata tapi ambik dari bawah. paling simple, pinggang. diff prespektif.

    dan rule #10 pun sama. break the rules. haha.

    p.s ok la tu ko boleh guna iphone. aku guna lomo aku je haha. lagi main blasah je.

    Reply

  5. tips daripada kaki travel nih.. kena ikut.

    Reply

  6. Bukan travel kena byk duit ek.. ntah la aku pun tak tau nak gi travel mana.

    Reply

  7. nice tips bro 🙂

    Reply

  8. tips yang sangat cool!

    Reply

  9. ok,lepas ni kalau aku ge travel..aku tangkap gmbr bnyk2..

    Reply

  10. tips cool, lagi cool kalau sekali sekali reply komen. agagaga

    Reply

  11. i likeee this entry…!!

    Reply

  12. gambar yang cantik dan tips yang bagus untuk diaplikasikan. terima kasih banyak coz kongsi 10 tips tu.

    Reply

  13. wuoooo…lu ade setail la brader.

    Reply

  14. aku pun setuju macam ko. aku guna digicam biasa je dan iPhone. takde la nak main dslr sangat. tips2 ni memang sangat berguna.. LIKE!

    Reply

  15. Really nice bro.. I like it.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge