Saya suka akan Lahore. Suatu kota yang indah. Kota lama yang penuh dengan sejarah.
Kalau tak melawat Lahore memang tak sah kunjungan kita ke Pakistan.
Bangunan-bangunan di sini juga penuh dengan seni. Semacam bangunan-bangunan di Agra, India.
Lahore terletak di dalam Wilayah Punjab, bersempadan dengan India.
Wilayah yang sama diperintah oleh Sultan Shah Jahan (sebelum dipisahkan selepas zaman British).
Kalau dah ramai penduduk di Lahore ini, mestilah ada kedai-kedai makan yang sedap-sedap kan.Lahore sememangnya “melting pot” Pakistan. Bila ramai penduduk, maka banyaklah kedai makan.
Jujur saya katakan yang saya belum sempat menjelajah Lahore sepenuhnya.
4 tahun masa saya di Pakistan tidak cukup sebenarnya. Terlampau banyak tempat untuk dilawati.
Take it slow. Tak perlu terburu-buru. Travel dengan masa yang ada dan nikmati keindahannya.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya singgah ke Lahore.
Namun inilah kali pertama saya singgah untuk makan di Karahi Butt, di Kota Lama Lahore.
Chicken Karahi adalah ayam masak berempah (ala-ala kari) dan kuah tomato pekat (dan segar dari ladang).
Mereka tidak menggunakan santan di sini. Memang sedap bila dimakan panas-panas dengan roti naan yang besar.
Chicken karahi akan dimasak di dalam kuali leper yang besar berwarna hitam. Besi tebal tahan karat.
Dihidangkan beserta dengan kuali di atas meja makan. Kuali sahaj penuh semeja.
Gunakan tangan anda untuk mencecah chicken karahi ya! Owh terkenang la pula.
“Butt” adalah surname yang agak popular di Pakistan.Mungkin kalau saya berasal dari Pakistan, nama saya akan bertukar kepada “Nizam Butt”.
Lupa nak bagitahu, di sini kalau nama anda “Nizam” ianya akan jadi “Nazim”.
Tiada jalan “Nizamu-ddin” namun ada jalan “Nazim-ud-in” ya.
Kedai ini semestinya kepunyaan Tuan Butt. Tak pasti pula nama pakcik bermisai putih di bawah.
Terlalu asyik mengambil gambar di kedai ini sampai terlupa untuk “engage” dengan mereka.
Biasalah musim sejuk, perut dah lapar. Tak sempat nak borak-borak lama dengan mereka.
Chicken Karahi ini juga dihidang dengan hirisan halia (nipis-nipis) dan cili kering bulat.Takdelah pedas mana, cuma menyengat sedikit sahaja. Takdelah sepedas sambal belacan ya.
Sila abaikan kadar minyak di dalam kuali legam itu. Kari tanpa minyak, bukanlah kari namanya.
Kalau anda rasa ragu-ragu dengan menu di dalam mana-mana kedai, bolehlah order Chicken Karahi ini.
Pasti sedap dan tidak menyesal nanti. Kalau ada kambing mungkin lebih menarik.
Bergambar kenangan dengan tukang masak bermisai putih.Memang sedap masakan pakcik ni. Saya bagi 8 bintang.
Kalau ada siapa-siapa yang singgah Lahore, jangan lupa ke Lakshmi Chowk.
Pekena Chicken Karahi di Kedai Butt Karahi Tikka.
Senang je nak cam kedai ni. Depan kedai dia ada ayam hidup dan ayam togel bergantungan.
Susah-susah sangat cari je pakcik bermisai putih tu.